2017年10月12日星期四

TATABAHASA : IMBUHAN

Imbuhan adalah bunyi yang ditambahkan pada sebuah kata untuk membentuk kata baru yang ertinya berhubungan dengan kata yang pertama. Kata berimbuhan adalah kata yang telah mengalami proses pengimbuhan atau (afiksasi).

AWALAN

meN-
  • Boleh terbentuk dalam beberapa gaya, iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan menge-
  • Imbuhan me- digunakan untuk menggabungkan kata dasar l, m, n, ng, ny, r, w, y
  • Imbuhan mem- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf b
  • Imbuhan men- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j
  • Imbuhan meng- untuk kata dasar yang menggunakan huruf g, gh, h, kh, a, e, i, o, u
  • Imbuhan menge-  untuk kata dasar yang mempunyai satu suku kata
Contoh : merawat,  membaca, mencuci, menggali, mengepos

beR-
  • Terdiri daripada imbuhan ber- dan be-
  • Imbuhan ber- digunakan apabila bertemu dengan semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r
  • Imbuhan be- digunakan apabila kata dasar bermula dengan huruf r
Contoh : beraja, berlakon,berumah

di-
  • Digunakan untuk membentuk kata kerja pasif dan menukarkan ayat aktif kepada pasif
Contoh: ditarik, digali, dirawat

teR-
  • Digunakan untuk menunjukkan pelbagai maksud
  • Menjadi imbuhan te- jika digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf r
Contoh : tersepak, tertikam, terasa, terambil

peN-
  • Terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-
  • Imbuhan pe- digunakan pada kata dasar bermula dengan huruf l, m, n, ny, r, w, p, t, k, s
  • Imbuhan pem- digabungkan dengan kata dasar b, f
  • Imbuhan pen- digabungkan dengan kata dasar c, d, j
  • Imbuhan peng- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, a, e, i, o, u
  • Imbuhan penge- untuk kata dasar satu suku kata
Contoh : pemenang, pemburu, pencuri, pengganas, pengebom



AKHIRAN

-kan

  • membuat untuk orang lain (benefaktif)
  • Contoh: Buku ini saya bacakan untuk adik
  • suruhan (imperatif)
  • Contoh: Tolong masukkan barang itu ke dalam kotak

-i

  • tempat (lokatif)
  • Jalan itu baru saya lalui


  • menjadikan
  • Pepatah itu harus kita hayati


APITAN

Image result for imbuhan apitan

SISIPAN
  • Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan  "-el-", "-em-", "-er-"
Image result for imbuhan sisipan